Followers

Thursday 15 August 2013

Nasihat..

Views

Hai haii anda semua...
satu pesanan dari saya..
rajin-rajinlah dekatkan diri dengan buku..
ingat!!
zaman sekarang banyak orang yang pandai-pandai...
pesaingan sengit!
tambahan lagi kalau perempuan..makk aiii,susah nak masuk U.
lelaki lebih diutamakan berbanding perempuan..

btw.. kalau rajin meh singgah sini ---> http://adiebafadzil.blogspot.com/

Wednesday 15 August 2012

Selamat Hari Lahir :)

Views
sowee baru nk wish dlm alam maya!
sbelum nie wish f2f je..hehehe
better late than never.
rite?
even besday masing2 da lepas.
masih saja terasa belom capai umur 16 tahun
masing2 belum puas menjadi pelajar pasca pmr.
susah nk terima kenyataan,bahawa umur sudah 
menjangkau usia 16.
tahun 2012 
masih tidak cukup,masa yg diberikan 
untuk kami berHONEYMOON
tak sampai setahun pown 
berfoya..
dah kena sediakn diri untuk 
paper SPM next year.
tambah2,subjek kritikal 
mcm biologi,add math,kimia n physic...
skarang pown atas pagar jew..
nk tunggu taon depan baru nk ready??
hmm,hampeh la jwbnya.
kesimpulannya,kami ta sedia lg nk jd gadis 16tahun
walaupun hakikatnya memang dah jd pown!
xsedia nk harung smua nie

batch 1996-tpaksa akur dgn smua nie
*WAJIB lulus subjek SEJARAH  -,-'

*smua remaja yg bersekolah dan lahir pada tahun
1996 dan ke atas perlu pergi PLKN selama 
6BULAN   >us??death are coming!

*format spm yg baharu!



#thats all,toce 
:)

Sunday 12 August 2012

FORUM REMAJA untuk ULBS(08.08.2012)

Views
Tajuk :KEMALANGAN JALAN RAYA

PENGERUSI (Adieba) : Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera 
saya ucapkan kepada guru kelas 4ibnu sina dan selaku guru Bahasa 
Melayu kelas 4ibnu sina iaitu Cik Zarina Binti Lazim, ahli panel yang 
hadir bersama dengan kita pada hari ini iaitu saudari Noor hazwanie 
bt Mohd Nazam, dari Kelab Mencegah Kemalangan Jalan Raya Negeri 
Kedah, saudari yg bergaya lagi berpengalaman iaitu saudari Nur 
Najibah bt Bassori, dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah, 
serta saudari kita yang kelihatan anggun lagi berseri iaitu saudari 
Nurul Najwa bt Che Lah, pengarang Majalah Remaja Bestari, serta 
hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Saya Adieba Salsabela 
bt Mohamad Fadzil, selaku pengerusi forum pada kali ini akan 
bersama-sama ahli-ahli panel kita untuk membicarakan tajuk pada kali 
ini. Sebagai pembuka kata, ingin saya perkenalkan tajuk forum remaja 
yang didalami dan diselami oleh barisan panel iaitu 
KEMALANGAN JALAN RAYA. Dalam dekad ini, perangkaan kematian 
yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia sebenarnya 
sudah semakin tinggi.Statistik bilangan kematian pengguna jalan raya 
meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan apabila bilangan 
kenderaan yang menggunakan jalan raya bertambah pada suatu 
masa, kita dapat menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut 
melonjak. Fenomena yang tidak sihat ini nescaya mengundang 
pelbagai akibat yang buruk kepada Negara memandangkan setiap 
kemalangan jalan raya membabitkan kerosakan fizikal, kecederaan 
atau kematian. Untuk mengetahui kesan-kesan kemalangan jalan raya, 
saya mempersilakan saudari Noor Hazwanie untuk menerangkannya.

HAZWANIE : Terima kasih, saudari pengerusi. Kemalangan 
jalan raya yang menyebabkan kehilangan nyawa akan menggugat 
produktiviti negara. Golongan yang berusia dalam lingkungan 18 
hingga 40 tahun merupakan golongan belia yang paling produktif. 
Kumpulan ini dapat menyumbangkan tenaga, kepakaran dan 
kemahiran yang tinggi kepada pembangunan negara. Belia yang 
meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan jalan raya akan 
menjejaskan produktiviti Negara. Negara kita akan mengalami 
kerugian yang tinggi andainya korban nahas jalan raya itu terdiri 
daripada pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang 
kemahiran tertentu. Tempoh untuk melahirkan seorang doktor 
misalnya memerlukan 6 hingga 7 tahun. Dalam hal ini kematian 
seorang doktor tidak dapat diganti dengan serta merta oleh 
negara. Kesannya, tahap kesihatan dan perubatan negara kita 
akan terjejas. Pengeluaran hasil sesebuah kilang akan terjejas jika 
kemalangan jalan raya melibatkan bas kilang yang membawa 
pekerja kilang. Dengan kata lain, kemalangan jalan raya akan 
memudaratkan pembangunan negara dari segi sumber 
tenaga manusia.

NAJIBAH : Tepat sekali pendapat saudari Noor Hazwanie tadi. 
Lazimnya, berbagai-bagai kerosakan akan berlaku ekoran 
daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang 
terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans 
terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk 
memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar pampasan. 
Kerajaan juga terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan 
kemudahan asas yang berpunca daripada kemalangan jalan raya. 
Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar tuntutan 
insurans dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan 
jalan raya tidak kira mangsa kemalangan jalan raya itu cedera 
atau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh 
kerajaan dan syarikat insuran kerana kadar kemalangan jalan 
raya yang amat tinggi di Malaysia. Alnagkah baiknya wang 
sejumlah itu dislaurkan untuk tuuan pembangunan prasarana 
seperti projek prmbangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan 
raya akan mendatangkan kerugian kepada ekonomi Negara.

NAJWA : Sementara itu, imej negara akan terjejas oleh kadar 
kemalangan jalan raya tinggi. Pelabur asing dan pelancong akan 
berasa was-was untuk melabur atau melancong ke Malaysia. 
Pelabur asing akan mempertimbangkan factor kos pengangkutan 
apabila mereka melabur di Malaysia. Mereka akan khuatir akan 
keselamatan barangan mereka untuk sampai ke pelabuhan atau 
ke kilang akibat kadar kemalangan jalan raya yang tinngi. 
Berasaskan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas 
persiaran atau pengankutan awam, pelancong asing akan 
teragak-agak untuk melawat ke Malaysia jika keselamatan 
mereka terancam semasa menggunakan kenderaan awam. 
Tiada sesiapa pun yang ingin mempertaruhkan nyawa untuk 
melancong di Negara kita. Ringkaskan, sector perindustrian dan 
sektor pelancongan akan menerima tamparan yang hebat 
sekiranya kemlaangan jalan raya di negara kita tidak 
dibendung dengan baik.

PENGERUSI : Seperti kata peribahasa “ada angin, ada pokoknya”,
justeru, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan 
raya amat membimbangkan sekarang ini. Apakah pandangan 
panel-panel kita?

HAZWANIE : Kemalangan jalan raya dikaitkan dengan tabiat 
pengguna jalan raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna tidak 
mematuhi arahan keselamatan jalan raya seperti tidak mematuhi 
papan tanda-papan tanda jalan raya, memandu dengan laju dan 
melebihi had laju kebangsaan serta tidak mematuhi lampu isyarat. 
Seterusnya mereka juga memandu dalam keadaan dipengaruhi 
alkohol dan memandu walaupun mengantuk. Dalam hal ini, tabiat 
pemandu ini yang mementingkan diri sendiri menjadi penyumbang 
besar kepada kes kemalangan jalan raya.

NAJIBAH : Pengerusi, kemalangan jalan raya juga berpunca daripada 
keadaan jalan raya itu sendiri. Faktor jalan raya yang berlubang, tiada 
bahu jalan, jalan berbengkang-bengkong dan jalan raya yang tidak 
mempunyai papan tanda juga menjadi punca kepada kemalangan jalan 
raya.

NAJWA : Dalam hal ini juga, keadaan cuaca juga menjadi penyumbang 
kes kemalangan jalan raya. Hujan yang turun menyebabkan jalan menjadi 
licin dan berbahaya sekiranya kenderaan melaluinya dengan kelajuan 
yang tinggi. Jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi kabur 
dan sukar menganggar jarak kenderaan di hadapan.

PENGERUSI : Sebagai langkah untuk menghindari nyawa pengguna jalan 
raya daripada terus melayang, langkah penjagaan keselamatan mereka 
perlu disegerakan. Pihak berkuasa mesti memandang berat terhadap 
sebarang usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. 
Apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk membendung masalah 
ini daripada terus meningkat?

HAZWANIE : Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan dalam 
membendung masalah kemalangan jalan raya ini memandangkankitalah 
pengguna jalan raya. Justeru, kita perlu memastikan keadaan kenderaan 
berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Sebelum 
memulakan perjalanan yang jauh, kita perlu mendapat rehat 
secukup-cukupnya. Kita perlu tidur dahulu ataupun berehat di 
hentian-hentian rehat dan rawat sekiranya berasa letih atau 
mengantuk kerana ‘ terlelap sesaat membawa maut’. Selain itu, pemandu 
juga perlu mematuhi arahan had laju dan sentiasa siaga atau siap sedia 
dengan papan-papan tanda di jalan raya. Pemandu juga mestilah tidak 
menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak ber’sms’ ketika 
memandu. Pemandu juga jangan lupa memakai tali pinggang keledar 
sebagai langkah keselamatan.

NAJIBAH : Saudari pengerusi, berada di atas kenderaan beroda dua, 
penunggang motosikal memang mudah terbabas apabila dilanggar oleh 
sebab motorsikal terpaksa berhimpit di bahu jalan dengan kenderaan 
berenjin yang lebih besar, lazimnya keselamatan mereka akan terancam. 
Selaras dengan bahaya yang diharungi oleh penunggang motorsikal, 
lorong khas patut dibina untuk kegunaan mereka sahaja. Hasilnya 
kenderaan besar lain tidak akan menghampiri motorsikal semasa berada 
di atas jalan raya.

NAJWA : Semakin laju sebuah kenderaan, semakin sukar kenderaan 
tersebut diberhentikan pada waktu kecemasan. Musibah mungkin melanda 
pengguna jalan raya pada bila-bila masa. Di kawasan yang dilalui oleh 
orang ramai umpamanya di sekitar hospital dan sekolah, had laju 
kenderaan mestilah dikurangkan. Had kelajuan yang rendah nescaya akan 
dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Permukaan jalan yang 
berlekuk-lekuk juga membahayakan penunggang motorsikal dan basikal. 
Selekoh tajam di jalan raya menggugat keselamatan pengguna jalan raya 
secara amnya jika mereka memandu dengan laju. Kelemahan dan kerosakan 
jalan raya perlu dibaiki dengan segera supaya pengguna tidak menjadi 
mangsa.

PENGERUSI : Terima kasih kepada ahli-ahli panel kita pada kali ini. 
Keselamatan jalan raya, tanggungjawab bersama. 
‘Api kecil baik dipadamkan’. Jika tidak, kemalangan jalan raya akan 
menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber 
manusia yang merupakan nadi penggerak pembangunan Negara, 
perbelanjaan membayar kerja memabik pulih dan pampasan insuran serta 
tercemarnya imej negara akan membawa padah kepada ekonomi. Lantaran itu, 
semua pihak hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh menangani 
masalah kemalangan jalan raya ini. Tindakan yang tegas dan usaha yang 
gigih terutamanya daripada pihak berwajib pasti penting untuk mengurangkan 
nahas di jalan raya.Setakat ini sahaja perbincangan pada kali ini.Sebelum 
kami mengundurkan diri,ingin sekali kami memohon maaf jika ada silap dan 
salah sepanjang forum ini berlangsung.Sekian sahaja,terima kasih kerana 
sudi mendengar dan Assalamualaikum wbt.

Friday 10 August 2012

phewww -..-

Views
perghhh...penat sungguh hias blog nieyh
baru adjust sikit,tp rasa macam da bnyk da
susah btol nk cari layout yg shantek2..
last,guna yg sedia ada jew..habes citer
tayah fenin2 ana punya kapla ..
hehehe
hate this!but have too! -,-

Thursday 9 August 2012

pertandingan?

Views
yes
dis blog kami buat tuk masok pertandingan ...
just 4 bm
1untuk secara individu
1lg untuk secara berkumpulan
both must buat essay
untuk berkumpulan syarat dya kna 4 orng n kena buat blog...

hadiah utama rm 8k ya'lls....gilerrr dowhh..klo dpt duet tu buat shopping....BESTTTTTTTTTTTTTT!!!